May 20, 2013

Akhirnya

ye..betul..akhirnya blog aku berupdate jugak haha
 
loser giler. laptop kat umah keyboard rosak.setakat browse je lah yang boleh, nak log in camne kalau nak type paswet pun takleh. ape ke derk sgt okeh. nak update kat opis mcm tak proper pulak. ish..ish
 
macam biasalah hari isnin adalah hari yang melemaukan. jadi dah alang2 lemau, baik la aku posa. tak reti2 lagi nak posa ganti?ada hati plak nak pikir baju raya ye kihkih.
 
weekend aku penuh ngan aktiviti anak2 la.maklumlah anak ramai haha.eh lebih dari sorang tu consider ramai la kan. kesian pulak kat anak2 kalau tak keluar. weekdays dah la mak bapak sibuk ngan kerja, so bawakla anak jenjalan sikit.paling kurang pun taman rekreasi kat depan seksyen 7 tu. bagi anak2 aku lari2 sikit. ni duk umah kecik, tak sempat lari dah jumpa dinding. minta2 la umah kitorang dapat siap ujung tahun ni. nak merasa umah atas tanah. tapi dalam pada masa yang sama risau keselamatan. aku suka umah flat nih sebab aku rasa perompak payah nak masuk. pintu ada satu je. lagipun aku level satu, jadi umah aku adalah laluan org. jadi takde la nak sunyi ke ape. aku risau bab2 ni. skang ni penjenayah makin kejam. kalau hilang harta benda boleh cari lain,kalau hilang nyawa?nauzubillah. eh eh jauh plak cita aku nih
 
semalam g tgk wayang citer vehicle 19. 1st time tgk citer tak google review sbb hero pakwe aku yang berlakon hahaha #perasan. Homey hangat la Paul Walker ni kihkih. sekali tgk citer tu tensen daaaa. banyak suspen. citer best la tp hero aku tu asik duduk dlm keta je, serabut okeh. bawak amie, mane la budak minat citer macam ni, sudahnya dia layan tab je. pasang earphone.tgk ultraman. tengah senyap, org kusyuk tgk citer, tetibe amie menjerit. "alamak, dah slow la. ibu tak bayar bil ker?". hahahaha.eeeeee..FAHMI! memalukan ibu je la amie ni. dah kamu asik tgk youtube je slow la internet tu.
 

haah la, muka fahmi ngan fahim iras sgt. aku hantar wassap pic amie kat kakak aku, dia boleh tanya "ni fahmi ke fahim?". aku pun macam, eh apesal la pulak kakak aku ni takleh nak bezakan fahmi ngan fahim. bila aku tgk pic ni hmmm patut le. perangai je langsung tak sama. fahmi ni sensitif sikit, fahim jiwa taiko. ganas ooo..eleh, skali lipas naik atas kaki tu dia, menggelupur terus hahaha opss aku pun sama eh eh.

 
muka budak nakal baru lepas buat mural kat dinding umah, syabas!!
 
dah.bai


2 comments:

shaliza said...

best dorang..mesti kamcing bila besar nanti:-)

murnie sangat said...

hehe,harap2 sgt la diorg kamcing, setakat ni bergaduh je klu jmpa hehe.