Haha baca tajuk je terus nangis. sila isi borang hadir kelas membimbing suami hehe
ni sebab baca entry kak diana pasal keluh kesah bersama mak esah isteri2 yang merungut suami liat membantu kerja2 rumah. dulu masa zaman aku sekolah serius malas weh tolong mak buat kerja rumah. lagipun mak surirumah, jadi apa ada hal. semua kerja rumah mak buat. balik sekolah je terus makan. satu je pesanan mak aku, lepas makan cuci pinggan sendiri, kalau tidak mak aku suruh makan lapik daun pisang hahaha
aku baru tau kerja rumah ni banyak bila aku tunggu result SPM. bila aku duduk kat umah tak buat apa2, dah tentulah ayah aku sound suruh tolong mak buat kerja rumah. hoi,hoi penat rupanya. maklumlah mak buat kerja tak banyak komplen, jadi bila buat sendiri terus insaf. serius, insaf. sejak tu bila dah belajar kat UiTM, bila balik kampung je aku cuba sedaya upaya tolong mak buat kerja rumah dan sampi sekarang pun. cuma bab masak je liat. aku rela cangkul tanah tanam ubi dari memasak hahaha
oklah berbalik kepada point kaedah nak didik suami bantu buat kerja rumah tu, aku rasa pengalaman lima tahun bergelar isteri tu sedit sebanyak membantu. aku ni boleh tahan gak berangin kus kusnya. pakkal la syurga di bawah tapak kaki suami kan haha ops..
terlebih dahulu kita mulakan dengan bismillah hehe
1. Jangan membebel
Aku kenal jiran aku yang dia boleh membebel selama 10 minit dalam satu nafas. sila kagum. ia adalah menjengkelkan. aku tak suka dengar orang membebel dan taknak membebel. kalau tak suka terus bagitau. "SAYANG, TOLONG JANGAN LETAK SPENDER AWAK MERATA-RATA.NANTI KENA BOMOH". dah. full stop.
2. Komited
Nak didik suami pun kena komited. jangan la bila suami cakap taknak buat kita terus mengalah. kadang2 suami ni test market je. kalau kita mengalah, ha horey2 la diorang kan?. mulakan la dengan benda2 mudah dulu atau yang berkaitan dengan diri dia contohnya jangan letak baju kotor merata. haa tu laki aku lah tu. hobi sangat kan. aku tak jemu. kalau 10 baju kotor dia aku jumpa merata2, 10 kali la aku tegur sampi dia bosan, sampi dia akan ingat (ke dia trauma). "BAJU ANDA MOHON LETAK DI DALAM BAKUL PAKAIAN, TERIMA KASIH" *dengan nada yang sopan. kalau boleh sambil kenyit mata
3. Jadi penanda kertas peperiksaan yang baik
ini adalah metafora. kalau suami dah tolong, bila dia buat salah, jangan marah. sama macam penanda kertas peperiksaan, kalau jalan penyelesaian subjek maths tu dah betul tapi jawapan salah, bagi juga markah sekurang-kurangnya 1 point. haa tu laki aku jugak la tu, dapat pulak bini cerewet. sebagai contoh, cuci pinggan mangkuk tapi susun bersepah. aku tak suka tapi aku layankan sebab sekurang-kurangnya dia buat kerja. pastu aku susun la pinggan tu, tak la semak.
4. Beri pilihan
bagi suami pilih kerja rumah yang dia suka lebih baik daripada suruh mereka buat kerja yang kita suka. biasalah, lelaki ni pun banyak songehnya, jadi bagi mereka pilih. macam laki aku, dia tak suka cuci baju, jemur baju dan gosok baju (baik tak payah pakai baju kan?). dia pilih nak masak, kemas umah, jaga anak. haaa dah cantek la tu, aku memang tak minat masak, jadi bab2 baju bagi aku buat. kalau ikutkan menyampah juga (alah, siapa la suka buat kerja umah) tapi lebih baik daripada kena masak haha. lagipun konsep cuci baju aku ni leceh, nak asing baju ikut warna, jemur baju anak kena padankan baju dengan seluar. ha kan leceh.kalau laki aku buat tak betul kang aku sakit hati, jadi baik aku buat.
5. Suami bukan ahli nujum
Beritahu apa yang kita rasa suami perlu tahu. "SAYA PENAT, MOHON BANTUAN" *dengan nada yang lembut tetapi tegas (fikir la macam mana haha). haa kan senang. suami kita bukan pakar telepati. kecuali suami anda memang pakar telepati bertauliah, itu cerita lain. suami ni bukan faham kalau kita buat kerja umah merempan-rempan (buat2 tak faham letewww), hempas2 barang. kita jugak yang makan hati.
6. Buat belanjawan
Konsep duit suami duit isteri, duit isteri adalah duit isteri itu memang betul. tapi zaman sekarang yang kos hidup yang tinggi, melainkan suami kita tokey balak dari sarawak eh eh(kaya), isteri kena jugak bertolak ansur. kalau sama2 kerja, terus je buat belanjawan bertulis dan dipersetujui bersama apa yang suami kena bayar dan apa yang isteri boleh bantu. suami pulak jangan ambil kesempatan, awas! (untuk suami aku hehe)
eh enam dah la kot ek. ada banyak lagi point tapi malas nak taip kihkih. sebenarnya, sebelum kahwin, kenal lah hati budi suami isteri. kalau masa bercinta pun dah bakhil, baran tak bertempat, asyik nak dengar cakap dia je, jangan jangka la suami tu tetiba jadi ustaz don pulak lepas kahwin. kalau masa bercinta baik budi, suci murni sekali dah kahwin suami bertukar jadi macam sivaji the boss, anggap la itu dugaan. ye lah, dah kahwin apa la yang kita ni isteri boleh buatkan. jadi sebelum kahwin, berfikir la dulu ye hehe
selamat mencuba!




2 comments:
suami yang rajin atau malas buat kerja rumah ni atas nasib la kan, kadang dpt yg rajin buat kerja rumah malas melayan anak,kadang dapat yang mls buat kerja rumah tapi tip top jaga anak. nak dpt yang bleh buat dua2 amik maid. keh keh keh
eliss, betul2 haha.dapat suami malas, besar pahala kalau isteri redha, kalau tak byk la pulak dosa sbb menyumpah dalam hati hahaha ops
Post a Comment