#entry tertunggak, dah taip tapi lupa publish ape daaaa. abaikan je present tense to past tense itu
mana tak nyampes asik baca post jalan-jalan cari pasal tu kan?hehe. maafkan la mak hencik ni.
Bulan syawal pun dah nak habis. ni tengah gigih posa ganti lagi hacam mana nak posa enam?aduyai. raya tahun ni la paling sempoi dan semangat tak membara sangat. adakah faktor usia?hahaha. baju melayu husband dan anak-anak pun cari seminggu sebelum raya. tak pernah dibuat okeh. taubat dh. punya la payah nak cari warna dan saiz. dah la ramai orang yang perangai sama, cari baju raya last minute. giler ah bersesak-sesak. eee dah tak sangup. penat plak pose lagi lah. haha komplen mengalahkan budak. ok la tu citer sebelum raya which dah totally basi.
kitorang balik kampung sehari sebelum raya. haaa teror sangat. padahal kampung dekat je. saja nak feeling-feeling orang jauh. husband punya cadangan, aku on sahaja sebab tahun ni raya umah mertua. kalau raya umah aku tak dapat la der nak balik sehari sebelum raya. mau kena sembur ngan mak aku kihkih

hohomen turut meraikan hari raya. ini homen islam
aku gigih la beli biskut raya, kek raya nak bagi kat mak dan mertua sekali boleh plak tertinggal kat shah alam.aduyaiiiii...tu la sibuk fikir nak balik kampung je.skang ni gigih la makan biskut raya buat kudapan. husband aku tengok tv pun sambil kunyah biskut raya hahaha. kalau tak, mau carry forward ke raya tahun depan kihkih
oleh kerana beraya kat umah mertua, tak de la gambar-gambar raya sangat sebab malu nak amik gambar boleh taaaak?kat sana semua orang fokus menghidang makanan dan melayan orang datang. nak suruh amik gambar kami sekeluarga pun tak tercakap. sekali eh eh kakak ipar offer nak amik gambar kitorang sekeluarga, malu la pulak sebab satu umah tengok macam pelik. aduyaiiiii
malu mak tau, yang lain tgk je kitorg amik gambar hikhik
ini budak aaaa..
family aku pun satu hal, mentang-mentang la turn aku beraya umah mertua, diorang bakar-bakar perasaan aku dengan hantar senarai menu di pagi raya. ada udang galah menanti tetamu, tak ke sakit hati ko mendengornyeeeeeeee. terpaksa la aku buat muka seposen cakap ngan husband nak balik umah mak kejaaaaap je nak makan udang hahahaha. tu la padahnye umah parent dekat, terus start kereta balik umah mak jap dan yang penting husband aku ikot sekali kihkih. nak makan udang galah jugaaaaak ooh. gambar tiada sebab sampai umah terus mencekik. mak mertua aku cari kitorang hilang haha. pandai sangat husband aku pun hilang tak bagitau mak dia. ape daaaa
yey balik umah atok, kejap je sebab nak makan udang. nasib la umah mak dekat haha
raya kedua baru balik beraya ke sekinchan. uiihh bestnye. macam jahat sangat bunyinye. bukan tak tak best beraya umah mertua tapi diorang duduk rumah terima tetamu je, kalau parent aku balik umah opah la, g umah sedara mara beraya, baru la syok dan feeling raya. anak-anak aku pun ada peluang kutip duit raya hehe. terharu aku bila adik-adik sanggup tunggu aku balik nak amik gambar beraya cuma yang aku hangin tu sebab nak amik gambar raya pukul 10 malam. orang dah penaaat ler. choi sangat. tapi oleh sebab mak ayah aku sporting tukar baju raya, kita layankan je laaaa
*muka masing-masing takleh blah hikhik
No comments:
Post a Comment