Sep 26, 2011

Surat Terbuka Untuk Muhammad Fahim

Kehadapan yimyim ne, (like abang amie always said),

ibu sayang ayim sangat2.walaupun ibu jarang dokong yimyim, tepok2 yimyim tp kasih sayang ibu pada ayim sama je macam yang ibu berikan pada abang amie. eh eh ibu takleh panggil abang amie sbb abang kamu tak suka digelar abang. mungkin abang kamu perasan muda tapi biarkan je la abang kamu itu dengan feeling feelingnyer. Ibu jarang dokong ayim bukan sebab ibu tak sayang tapi kerana ibu ni dah berusia dan tak berdaya nak dokong anak sangat. bukan yimyim je yang ibu tak dokong, amie pon ibu tak layan bila dia mintak dokong.mungkin ibu perlu ambil supplement untuk memberi tenaga pada ibu yang dah berusia ini.






yimyim,

terima kasih kerana jadi bayi yang baik. ibu cakap bayi sebab ibu bukan ahli nujum. tak mampu meramal masa depan. jadi ibu boleh cakap benda2 yang present je. so, for the time being, ibu cakap masa yimyim bayi ni lah ye. tapi ibu harap yimyim jadilah anak yang baik dan taat kepada ibu ngan ayah bila dah besar nanti.ibu maksudkan bila yimyim dewasalah, sebab ada juga kanak-kanak yang berbadan besar dan ibu tak maksudkan itu. ibu gembira sbb senang je ibu nak jaga yimyim, maklumlah ibu ni bukan pandai sangat jaga bayi. dapat bayi yang tak meragam mcm yimyim adalah rahmat yang tidak terhingga buat ibu. kalau yimyim meragam biasanya ibu bagi kat ayah suh dia settle. bak kata orang berani buat berani lah tanggung eh eh..setakat ini, prestasi ayah kamu agak baik. ibu tengok dia mampu mengendalikan yimyim. mungkin sebab anak dah dua. benarlah kata orang putih (pulak) experience is a golden..mungkin sebab ayah kamu putih berbanding ibu yang agak garing..ooh..



ayim,

meskipun ibu marah2 yimyim (occasionally), tapi kasih sayang ibu tak pernah berubah. ibu nak yimyim jadi anak yang baik. lagipun orang tua-tua kata sayang anak tangan-tangankan, jadi ibu tangan la yimyim sikit2 tapi tu pun lite2 sugi je kan?ibu terpaksa la akui yang ibu ni memang kepala angin sikit. maaf kan ibu ye yimyim sayang..ala tomey-tomey ibu (lambung-lambung). opah marah betul kalau ibu marah yimyim. maklumlah, cucu kesayangan dia.agaknya opah lupa yang dulu masa ibu kecik2 opah kamu tak segan-segan membelasah ibu kalau ibu buat hal. ye lah, sayang anak dengan sayang cucu mana lah sama. tidak yimyim, ibu tak marah opah malahan ibu tak jeles pun dengan yimyim. ibu gembira yang opah sayang yimyim lebih dari opah sayang ibu. walaupun amie tak ngam ngan opah kamu, asik nak bergaduh je ngan opah, pedulikan lah abang kamu tu, sebab dia pulak cucu kesayangan atok. ye lah, amie tu kuat mengampu atok..sikit-sikit atok je, nama atok je yang ditasbihkan. eh tak, tak ibu tak jeles langsung pada abang kamu. ibu lagi gembira dia membontoti atok sebab takder la abang kamu tu nak melekat je kat ibu. jadi boleh la ibu pergi berjoget kat luar hehehe (gelak jahat)




yimyim ne,

tak sangka anak ibu tomey ni dah nak masuk empat bulan.sekejap je masa berlalu. walaupun ibu tak sabar nak tunggu yimyim setahun dan pandai berjalan, sesungguhnya ibu pasti yang ibu akan merindui saat2 yimyim masih bayi dan fragile. tapi rasa2nya ibu mcm dah tak sanggup laluinya lagi, namun begitu bila ibu memikirkan yang ibu masih tiada anak perempuan, nampak gaya harapan untuk ibu laluinya lagi agak besar. tengoklah mcm mana nanti, kalau Allah bukak pintu hati ibu, merasalah yimyim adik nanti. kalau tak, yimyim jadilah adik yang baik kepada abang amie ya eh eh ibu lupa lagi yang abang kamu tak suka panggilan abang itu.

oklah yimyim ne..ibu ada kerja yang perlu dilaksanakan. mungkin ibu bukan pekerja yang baik namun begitu ibu sentiasa berusaha melaksanakan tugasan yang bos ibu berikan dengan baik. maklumlah, kerja ini lah yang menampung aktiviti membeli belah ibu. jangan la yimyim risau, bahagian yimyim dan amie sentiasa ada bila ibu pergi membeli belah. mana mungkin ibu melupakan anak-anak ibu. paling kurang pon ibu tinggal je kamu berdua di rumah mak ita. oh ibu dah tau punca abang kamu kurang gemar ke rumah mak ita, ayah kamu bagitau yang ada budak yang turut dijaga oleh mak ita suka menyakat dia. kamu faham-faham je lah, abang kamu tu hati fragile, dia bukan suka disakat-sakat orang. ibu sakat dia pun dia meraung ini kan pula orang yang dia tak kenal. mungkin ibu perlu berbincang dengan mak ita tentang perkara ini. sementara itu, yimyim tengok-tengokkan lah abang kamu itu. tentulah tengok je yang yimyim bleh buat, kalau yimyim dapat tampar budak yang sakat abang kamu tu lagi bagus oh tak baik ibu jadi penghasut..yimyim pikir lah sendiri nak settle hal ni ye..


kalau amie suh atok buat ape2, atok dengar jer..kalau ibu yang suh, mesti atok nak pikir dulu hmm..hehe

See, see, ke main lagi abang amie kamu bergeli-geli ngan atok..

eh oklah yimyim sayang..panjang pulak surat ibu ni, kalau ibu rajin ibu menulis lagi ya. nak tunggu rajin ibu datang tu tak tau la bila. berdoa sahajalah agar kerajinan ibu ni rajin jugak datang nye.

babai tomey ibu. nanti ibu ambik cepat-cepat ye..


yang menyayangi kamu sangat-sangat,
ibu a.k.a murnie sangat ko ado?haha

3 comments:

Anonymous said...

so sweet entry kamu ini..
double like!

murnie sangat said...

kak maria, tenkius akak..luahan perasaan ibu kepada anak hehe

Mizz Kay said...

Pasni kena buat surat untuk Abang Long Amie la pulak ehh!!=)