Apr 3, 2009

Kenapa Pekerja Kerajaan Patut Baca Blog

Untuk menjadi pekerja kerajaan yang berdedi faizal (ups tu classmate aku dulu) berdedikasi bukan mudah. Banyak cabarannya okeh. err..nak berurusan dengan pekerja kerajaan pun suatu cabaran gak kan?hiks (ala sure ramai yg ada pengalaman nih kan,kan janet kan)

So aku sarankan pekerja kerajaan baca blog sebab ada faedahnya, bukan je pada rakan seopis malahan kepada org luar jugak.

1. Telefon akan sentiasa berjawab
- yang ni paling penting, khususnya orang luar sure suka punya. baca blog mesti menghadap komputer, so tiada lagi pekerja kerajaan yang minum lama-lama kat luar takpun merayau time kerja. So tiada lagi masalah bila telefon jabatan kerajaan, sampai berakar pun tiada org jawab kan?haa leh la tanya apa jua masalah yg melanda. masalah rumahtangga pun boleh tapi sila telefon jabatan yang berkaitan sahaja ya.

2. Tempat Release Tension
- Terutama baca blog yang kelakar (porno tak termasuk okeh). Ye la, kdg2 tu pekerja kerajaan pun tension gak dgn kerja yg menimbun.siapa kata kerja kerajaan goyang kaki, yang korang asik telefon sbb nak tanya tu, kalau 50 orang tanya camner nak isi borang kemasukan pelajar ke IPTA secara talian, tak ke kering air liur nak menjawabnye? tu tak kira lagi org datang nak tanya kenapa anak dia tak dapat masuk universiti dan merayu-rayu nak gak anak dia masuk?haru beb..So bila dah tak tension sbb baca blog,kalau orang luar datang berurusan kat kaunter jabatan kerajaan atau sebagainya dah tentu akan disambut dengan senyuman yang manis dan layanan yang mesra. Tiada lagi muka ketat mahupun sentap huhu..situasi menang-menang kan?

3. Memastikan pekerja kerajaan sentiasa terkini (updated)
- update dengan kutukan-kutukan terkini yang dilemparkan kepada pekerja kerajaan. Sentiasa berfikiran positif, amik la kutukan-kutukan tersebut sebagai muhasabah diri (katanya..). mane yg betul tu boleh la perbaiki mane yang macam hampeh tu kita seraaaaaang haha

4. Bahan Bacaan Alternatif
- asik baca surat khabar kerajaan, berita saluran kerajaan, website kerajaan sekali sekala kena gak baca sesuatu yang lain dari kerajaan sebagai contoh blog kereta mayat. so boleh la memperluaskan minda gitew..takda la orang tanya lain orang tu jawab lain kan,kan kan janet kan..ups terlebih sudaaaa

okla, aku pun tak boleh bagi banyak2 sangat sebab aku ni pekerja kerajaan dan aku banyak kerja nak buat..kan aku sibuk haha

kesimpulannya, bila pekerja kerajaan baca blog faedahnya bukan sahaja pada pada diorang je malah pada org luar jugak.

Sekian sahaja assignment saya pada kali ini.

adios fahmigos..

3 comments:

NaniRostam said...

Hak ah...tu yang terserempak dengan blog kami. alhamdulillah.....kek cekelat ada lagi ke?

jangan serik datang umah ya...kena masuk tau....

murnie sangat said...

aduyai kantoi la pulak ngan puan nani hehe..kek coklat dah selamat..lazaaat tak terkata..suma tanya knapa saya order kek jauh sgt smpi ke bkt jelutong tp nak mkn sedap kne la berusaha kan,kan..insyaallah, ada peluang saya order dan dtg lagi..nak beli aiskrim malaysia boleh?

MOLY said...

bukan pekerja kerajaan aje la, semua pekerja la patutnya

hehehehe
:D