Jun 20, 2008

Pandai Sgt!

1 perkara yg aku tgk, family mertua aku suka guna reverse psychology..sbg contoh, kalau pak mentua aku xbg abg ipar aku g mancing dia akan ckp "ha, pegila mancing, babah tak kisah..ko pegila..cuba la ko pegi babah nak tgk"..maksudnya..klu ko berani pegi mancing aku tebas kaki ko haha..kdg2 aku nak tergelak gak tgk diorg..tp mmg style family mertua aku kot..mcm family aku, sound direct je klu xboleh ckp je xboleh hehe..

ayat yg biasa family mertua aku guna ialah "Pandai sgt" untuk sound sesapa je yg buat tindakan yg tak berfikir panjang..sbg contoh, suami aku g petik buah kat belakang umah menggunakan kayu..padahal dah ada alat pengait buah yang siap ada jaring untuk elak buah jatuh ke tanah..so xder la buah tu rosak kalau jatuh ke tanah kan..kakak ipar aku sound la suami aku.."ko ni pandai sgt kan?" haha..

oleh kerana penggunaan ayat "pandai sgt" yg meluas..tentulah budak umo 3 tahun nak masuk 4 tahun pun pandai guna ayat tu..sebagai contoh..suami aku berleter kat ahmad adib yg suka bergaduh ngan abang dia serta mempunyai hobi menjahanamkan suma mainan yg dibelikan untuk dia..lantas si ahmad adib ni menjawab kat ucu dia a.k.a suami aku "ucu ni, pandai sgt!"..aku ketawa kuat2 sbb ayat "pandai sgt" tu xrelevan ngan situasi haha..suami aku membuntangkan mata kpd ahmad adib, mcm nak telan budak tu hidup2..lupa lak aku, pak sedara ngan anak sedara ni xleh jmpa, nak gaduh saje..so aku pn cepat2 tarik tgn adib temankan aku g dapur carik makanan..lapo seh..

moral of the story : budak kecik pn "pandai sgt!" nak guna reverse psychology..sukatik korg lah hehe

No comments: